Call Me Maybe
Bonjour

Touch Here Darl ♥



Diaries Owner
Assalamu‘alaikum warahmatullahi wabarakatuh :) Aku hanyalah wanita akhir zaman yang bercita-cita untuk menjadi muslimah solehah ♥

Bigfoots!




Credits!

basecode: Nurul AtiQah
Edit by: SitiSyuhadah
Re-Edited By: Nadieya
Others:   



Mencari Redha Allah :')





   Assalamualaikum semua adik abang kakak. Bajet ramai pulak orang nak baca kannn. Haha. Lama aku tak update blog. Berhabuk dah. *Fuhh fuhh. Tiup habuk. Hee. Lately nie memang sibuk tahap tak terkata la. Buat itu ini urus hal nak masuk USM. Tambah-tambah bab PTPTN. Dia punya lambat,Allah je tau. Sabar je la. Tapi alhamdullilah dipermudahkan segala urusan.

  Actually update blog nie nak cerita pasal life dekat poli haritu. Alhamdullilah sempat merasa hidup di perantauan selama sebulan lebih. Merantau la sangat kannnn, kedah je pun. Haha. Tapi tetap jauh bagi aku yang tak pernah lansung stay dekat asrama. Say no to asrama life. Haha. Setakat pergi kem kebangsaan seminggu tu pernah la. Tu pun dua hari je tidur dalam khemah. Malam seterusnya sampai ke balik aku tidur dalam bilik rawatan. Nice ! Haha. Pengsan sampai 3 kali siap pakej sesak nafas lagi siapa nak bagi balik tidur khemah kan. Memang tak laaa.

  Tapi bila daftar je masuk poli,aku terus rasa macam best jugak life dekat asrama nie. Cuma peraturan poli aku je ketat sikit. Tapi tak apa, diaorang buat macam tu untuk mendidik kitaorang jadi insan yang berjaya yang berakhlak dan mengikut segala suruhan Allah S.W.T. Sebab tu aku rasa sayang nak tinggalkan poli tu.

   Sebulan lebih dekat poli tu, banyak mengajar aku erti kehidupan yang sebenar. Kadang-kadang kita perlu jadi hipokrit kalau tu yang boleh buat kita untuk terus mengejar kebaikkan. Dekat sana juga aku mengenal erti sebenar persahabatan walaupun sekejap je kitaorang bersama tapi kitaorang dah digelar adik kakak sebab lansung tak boleh berenggang. Di mana ada aku, di situ ada dia. Siti Nur Syafiqa.Roomate yang paling paling paling paling dan paling aku sayang.  Aku dah anggap dia macam adik aku sendiri. Sahabat  dunia akhirat aku. Buat apa semua bersama. Makan,outing,pergi mandi,basuh baju. Life aku dekat asrama memang dengan dia ja. Mudah-mudahan aku akan dapat roomate yang sama macam dia dekat usm nanti. Berharap sangat :')

    Hope nanti dekat usm aku dapat tabahkan hati setabah di poli. Yang paling penting aku ingat nak cari kumpulan usrah.Masa dekat poli ada kumpulan usrah, mungkin tu salah satu sebab aku dapat bertahan dekat poli tu.Buat perkara yang boleh membuatkan kita dekat dengan Allah. Tu je cara nak isi kekosongan dalam hati nie. Cara nak mengubat rasa rindu. InsyaAllah kalau Allah selalu menjadi yang pertama dalam setiap apa yang kita lakukan,kita tidak akan merasa sia-sia. Tak akan ada istilah sunyi & keseorangan. Kita hidup di dunia nie hanya untuk mencari keredhaan Allah S.W.T. Menuntut ilmu,niatlah kerana Allah insyaAllah akan dipermudahkan segala urusan olehNYA. Tak ada yang mustahil bila melibatkan kekuasaan Allah S.W.T. Allah itu Maha Berkuasa. Letakkan kepercayaan kepadaNYA

.
Kita bukan tidak boleh berubah sebenarnya. Tapi kita banyak memberi alasan kepada diri sendiri. Hakikatnya, kita banyak memberi alasan kepada ALLAH S.W.T. Nanti dan nanti , lagi dan lagi. Padahal sikit pun DIA tidak rugi dengan kesembongan kita mahu datang kepada-NYA. Tapi kitalah yang aku rugi. Tertunduk malu penuh penghinaan di akhirat nanti jika mati dalam kekufuran dan kefuturan.