Call Me Maybe
Bonjour

Touch Here Darl ♥



Diaries Owner
Assalamu‘alaikum warahmatullahi wabarakatuh :) Aku hanyalah wanita akhir zaman yang bercita-cita untuk menjadi muslimah solehah ♥

Bigfoots!




Credits!

basecode: Nurul AtiQah
Edit by: SitiSyuhadah
Re-Edited By: Nadieya
Others:   



Cinta Tiga Suku

                                        Assalamualaikum's

   Hello semua,wahhhh..lama kan aku tak update blog aku nie.Biasa la,sibuk sikit.Bak kata abang aku,adik aku yang sorang nie sibuk mengalahkan perdana menteri -.- haha.Merajuk abang aku haritu sebab tak angkat call dia.Korang dah baca kan tajuk dekat atas tu,actually tu tajuk novel haa.Aku suka gila novel tu.Mula-mula pinjam dekat kawan aku,rasa macam malas gila nak bukak baca.Tapi...sekali aku bukak baca,nah amek kau.Cita tu best gila kot.Baca berulang kali pun tak bosan.Tapi bagi aku la :3 Bagi korang aku tak tau la kan ;) Aku kalau baca novel,suka feeling macam benda tu betul-betul jadi.Baru menjiwai haaa.
  
  Nama watak dalam novel tu pun pentig juga la untuk menarik minat aku nak baca.Kalau nama pun susah nak sebut,memang tak la aku nak baca.haha XD demand kau nad ! Hahhhh,dekat bawah tu ada sinopsis novel yang aku minat gila tu.Korang baca la sendiri erk :* Bye,next time aku update lagi.Tengah membodek mak aku nak beli novel baru  pulak.Tak padan dengan nak ess piy emm budak nie.

Sinopsis Cinta 3 Suku  
‘SKETSA Perang’ di pertengahan jalan menjadi detik pertemuan pertama antara Minah Sewel dan Mamat Tiga Suku. Sejak itu, pertemuan demi pertemuan tercipta. Anehnya, setiap pertemuan dihiasi insiden perlanggaran.

Iman – gadis comel yang nakal dan berperwatakan kasar atas dasar mahu melindungi diri lantaran pengalaman masa silam. Kehilangan abah tersayang menjadikan dia sebatang kara. Kebencian si ibu tiri menambah lara hidupnya lantas dia membawa diri ke kota. Kehadiran Suhaila dan Razif secara tidak dirancang membolehkan dia menumpang kasih dan sayang.

Arie – pertemuannya dengan Iman menghadirkan seorang musuh dalam hidupnya. Si Minah Sewel! Sikap kasar dan mulut celopar gadis itu menimbulkan kejengkelan di hatinya. Tidak seperti kekasihnya yang manja dan pandai menggoda.


Iman dan Arie tidak sehaluan. Seorang ke simpang kiri, seorang lagi ke selekoh kanan. Tetapi, haluan berbeza itu membawa mereka ke satu jalan lurus bernama keserasian. Namun tiada seorang pun menduga lorong yang sedang mereka lalui itu rupa-rupanya penuh dengan onak dan duri

.